Pelbagai hikmat dan tafsiran yg boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima..cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dlm keadaan terbuka..renung dalam-dalam..nah! kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
sesungguhnya setiap ciptaanNya punya hikmah yg tersembunyi...
Kemudian, lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan..bermula drp jari kelingking yg kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa saja akan bermula dari kecil kemudian membesar..itulah fitrah alam..bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yg besar pd masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya..begitu jugalah dgn usia remaja. Manisnya seperti jari yg comel dan mulus ini. Apatah lagi jika disarung sebentuk cincin sbg penyeri.. simbolik kepada iman dan takwa..sebab di usia ini terlalu byk cabaran dan dugaan yg menanti. Pada usia ini juga, anda sudah baligh dan mukalaf..pastinya segala amalan akan dihitung di hadapan Rabbul-Jalil..
Kemudian, jari ketiga, yg paling tinggi, jari hantu....zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an anda telah mempunyai status dan identiti dgn ekonomi yg kuat serta kerjaya kukuh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak 'hantu-hantu pengacau' datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi..Kalau gagal mengawal nafsu dan emosi, mudah saja anda terjerat dlm jerangkap syaitan. Justeru, amal ibadat perlu dilipatgandakan.
Jari telunjuk, yg keempat..Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Yang Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan semua jari, dan keluarkan jari ini.. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yg ada pada tahap ini, hendaklah tampil sebagai model kpd generasi baru dan pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat!
Akhir sekali, renunglah ibu jari anda..ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu yg mentafsirkan pelbagai perkara..ianya simbol kpd identiti kita..fungsinya sbg cap jari membuatkan semua urusan berjalan lancar..generasi muda seharusnya merujuk kpd org tua atau yg berpengalaman sebagai panduan..sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "yes" atau "bagus" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari anda ke atas sebagai isyarat kejayaan.
Maha suci Allah, begitu sempurnanya ciptaan Allah..Cuba lihat sekali lagi jari anda dan renungkan kembali dalam-dalam..Dimanakah kedudukan anda sekarang?
(petikan artikel dari mingguan wasilah)

2 bla blaa..:
insan itu dicipta dengan sebaik-baik penciptaan.. hatta sebaik-baik jin adalah seburuk-buruk manusia...
Masya Allah... Subha nallah.
Post a Comment