buat tok tih ku yang tersayang...
maafkan cucumu yang seorang ini yang tak sempat menatap
wajahmu di saat akhir..
bukanlah cucumu ini sengaja tapi khabar pemergianmu
terlalu lewat ku terima..
entah kenapa sejak malam itu lagi selepas bertolak pulang
hati sudah berasa ada yg tidak kena..
tapi kerana sudah jauh malam, kusinggah di Ipoh untuk bermalam..
tapi hati ini tetap tak keruan..
malam tidurku didatangi mimpi..
ramai sanak saudara berkumpul
dan kau melambai-lambai seolah ingin memberitahu sesuatu..
tapi tidak kupasti apa maksudnya..
sememangnya lenaku tak senyenyak seperti selalu
seawal pagi sudah ku bangun dan tercari2 di mana henfon
rupanya tertinggal di dalam kereta
kugesa suami untuk turun mengambilnya tapi..
dia mau terus menyambung tidurnya..
mahu tak mahu ku terus menunggu sehingga dia sedar
itupun setelah hampir sebelas pagi..
rupa-rupayan, telah berbelas miss call yg aku terima
mesej yg sangat menyedihkan..
"Adik, ada dimana? Balik la cepat..tok tih dah meninggal dunia pagi tadi.."
Ya Allah..patutlah aku rasa tak sedap hati dari semalam..
rupanya tok tih ku telah kembali ke rahmahtullah..
tanpa berlegah, dari Ipoh aku terus memecut pulang..
tapi hampa..setiba di simpang masuk ke rumah mak njang
aku hanya mampu melihat..tok tihku sudah diusung pergi..
sedih dan terkilan rasa hati..
marah pada diri sendiri kerana cuai tertinggal henfon dalam kereta
suami pula nombor baru, famili belum sempat diberitahu
hanya nomborku saja ada dalam simpanan
mujurlah aku sempat berbual sebentar masa
tok tihku tinggal di rumah mak beberapa hari yang lalu
walaupun cuma sekejap..
aku sempat bersalam dan mencium kedua belah pipinya sebelum pulang
buah arwah tok tihku
yang telah pulang kerahmahtullah pada 23hb Febuari, 2009 yg lalu
ku doakan moga rohmu di tempatkan bersama para mukminin di sana
kenangan bersamamu akan tersemat di ingatan sampai bila-bila..
~Al-Fatihah~
(tok tih adalah ibu kepada mak cik tun..dan gambar tersebut diambil pada hari raya aidilfitri tahun lepas..
kini semuanya dalam kenangan..)